Aku Seorang Perantau: September 2017


Sunday 17 September 2017

TEASER BTS DAH KELUAR!


Assalamualaikum.

Entri kali ini pulak nak cakap group BTS yang akan buat comeback mereka pada bulan ini.Pada mulanya Pihak BigHit Entertainment dah keluarkan video trailer iaitu Serendipity by Jimin.

Sumber:YouTube

Selepas video ini dikeluarkan pada 4 September 2017 dan mencapai sebanyak 22,985,250 tontonan selama 13 hari,dan keluarlah teaser yang pertama yang bertajuk DNA.

Sumber:YouTube

Teaser yang pertama ini dikeluarkan pada 14 September 2017 dan telah mencapai sebanyak 13,072,707 tontonan dalam masa 4 hari sahaja.Kemudian disusuli teaser yang kedua:

Sumber:YouTube

Teaser kedua ini dikeluarkan pada 15 September 2017 dan telah mencapai tontonan sebanyak 7,552,387 dalam masa 3 hari.So,tarikh DNA akan dikeluarkan pada 18 September 2017 iaitu pada 1800 waktu korea.So,marilah tunggu bersama-sama dengan comeback mereka!



Saturday 16 September 2017

Diploma Seni Kulinari:Cabaran Semester Satu?

Assalamualaikum 안녕하세요!

Entri kali ini nak cakap sikit berkenaan dengan semester satu Iffat.Alhamdulillah,setelah selesai minggu interim haritu dan sekarang dah bulan September.Mula ja bulan sembilan ni baru lah semester yang sebenar akan bermula.Untuk sesiapa yang tak tahu lagi,Iffat ambik Diploma Cullinary Arts di UiTM Permatang Pauh.Diploma Cullinary Arts dulu dikenali sebagai chef training.Diploma ini hanya mengambil masa dua tahun setengah sahaja.(kalau tak repeat paper la)Iffat baru sahaja selesai minggu pertama di bulan sembilan ni.Baru seminggu dah start pakai duit beli buku.Standard la sambung belajar,memang kena pakai duit.Untuk semester September-Januari Iffat ambik 5 subjek iaitu :-
Cumanya untuk semester september ni hanya lima subjek iaitu HTC160,HTC110,HTC215,HTM130,TFC202.

Iffat sebelum ni ada survey blog-blog lain tentang kos ni tapi tak banyak.Ada tu ada tapi tu la payah nak cari.So,Iffat di kesempatan ini akan perkenalkan kos ni dalam dunia blogger supaya orang dapat tau apa sebenarnya Cullinary Arts ni.Cakap tentang jadual,ada dua subjek yang duration dia enam jam iaitu cullinary dan baking.Cakap buku memang mahal.Ada yang sampai satu buku RM250.Tapi ada yang murah ja.Kalau dia rasa dia nak guna buku tu sampai akhir hayat bolehlah dia beli.Tapi siapa yang rasa hanya untuk ambil diploma ja pastu tukar bidang lain tak apalah.Tapi lecturer tak paksa.Tapi,lecturer dia galakkan students dia beli.Ok itu saja kot.

Assalamualaikum.