Aku Seorang Perantau: August 2017


Thursday 17 August 2017

Giveaway by LZ


Assalamualaikum 안녕하세요!

Harini join lagi satu giveaway daripada http://ladyinredplanner.blogspot.my ! Ada hadiah yang lumayan untuk 3 pemenang berupa wang tunai dan pelbagai lagi!

Feedback kepada http://ladyinredplanner.blogspot.my ialah blog yang cantik,suci dan bersih.Dari segi teknik penyusunan widget,saiz font sangat bersesuaian dengan tema blog.Tidak terlalu banyak iklan dan agak moden dan jugak simple.Akhir kata,saya harap blog ini akan menjadi top referral di suatu masa akan datang.Amin!


Wednesday 16 August 2017

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Assalamualaikum
Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.


Tuesday 15 August 2017

Alhamdulillah dah 11,000 Pageviews!

Assalamualaikum 안녕하세요!

Alhamdulillah Iffat tak sangka pageviews blog ni dah mencecah 11,000.So,apa nak buat bila pageviews dah cecah 11,000?Haaa... apa lagi post lagi banyak artikel menarik dalam blog ni la.Iffat jadikan ni sebagai suntikan semangat untuk post lebih banyak post yang berfaedah untuk kepentingan Iffat dan kita semua.Lepasni untuk sesiapa yang nak minta sponsor untuk buat buat giveaway tu boleh DM Iffat.In Sha Allah Iffat boleh sponsor.Cuma,Iffat tak terfikir lagi nak buat giveaway.Setakat ni jadi sponsor ja yang termampu.Tak apa,Iffat bergerak slow-slow.Artikel-artikel menarik akan menanti korang semua!So,Stay Tuned!

Belum join giveaway dari aerillhassan.com?

Meh click link ni : https://aku-seorang-perantau.blogspot.my/2017/08/jadi-sponsor-untuk-giveaway-ogos-2017.html

Sunday 13 August 2017

BTS BUAT COMEBACK UPCOMING SEPTEMBER



 Assalamualaikum 안녕하세요!

Entry kali ini berkenaan dengan BTS(Bangtan Boys) akan buat comeback mereka pada bulan September nanti.Berkonsepkan 'Love Yourself",ianya akan mengubatkan hati para army yang ditunggu.Selama 7 bulan tanpa khabar berita,akhirnya BigHit Entertainment mengeluarkan satu kenyataan pada 24 Julai mengatakan BTS akan buat comeback pada september ini.

Pihak BigHit juga tidak mengeluarkan kata putus sama ada ingin dikeluarkan dalam full album ataupun mini album.Tarikh untuk release lagu juga belum lagi diumumkan.Sebelum ini juga terdapat rumors berkata BTS akan buat comeback pada August tetapi BigHit telah mengetepikan rumors tersebut.Walaubagaimanapun,ia telah melegakan hati para army kerana sudah lama keluarkan lagu.Jadi,dengan comeback september ini akan memberi kelegaan kepada para army.Di bawah disertakan poster-poster sempena comeback mereka pada september ini.

                                                   
[Trans] If I could turn back time, I want to go back to the sea of that summer
Credits : BigHitEnt.
Eng. Trans : Peachisoda
[Trans] After returning from that sea, we were all alone
Credits : BigHitEnt.
Eng. Trans : Peachisoda
[Trans] If I could turn back time, I want to be the best man in the world
Credits :BigHitEnt.
Eng. Trans : Peachisoda
[Trans] Would you not have left me? If I had made a different choice?
Credits :BigHitEnt.
Eng. Trans : Peachisoda
[Trans] I only watch you from behind, because now is not the time
Credits :BigHitEnt.
Eng. Trans : Peachisoda
[Trans] I lied, because there is no reason to love someone like me
Credits :BigHitEnt.
Eng. Trans : Peachisoda
[Trans] Don’t come closer, you will become unhappy
Credits :BigHitEnt.
Eng. Trans : Peachisoda
[Trans] The direction (my) heart steers, The day when I wish I could run towards that place/direction
Credits :BigHitEnt.
Eng. Trans : Peachisoda
Full credits to:https://btsdiary.com/


Saturday 12 August 2017

Misi Kuruskan Badan Bermula Esok!


Assalamualaikum 안녕하세요!


So,apa pulak pasal entry kali ni?Tadi terdetik dalam hati kira-kira jam 0850 waktu tempatan(bapak ah macam pembaca berita).Terdetik nak kuruskan badan.Berat bersih Iffat sekarang 94.5 KG  terSangat berat ye.So,dah terdetik nak kuruskan badan kita buat satu Challenge.Challenge dia adalah kurangkan pengambilan makanan yang common.Maksudnya kalau nasi selalu tambah tiga kali tu,kurangkan menjadi sekali.So,esok lah bermulanya hari untuk menyahut cabaran tersebut.Bukan apa,sekadar menjadi pembakar semangat.Bila tengok member-member yang ada six-pack takkan tak terdetik langsung kot nak kurus.

Mestilah ada!Cuma masalahnya adalah malas sahaja.
Malas ni orang cakap memang tak ada penyakit ah!Senang cerita penyakit berbahaya la katakan lagi bahaya dari bisa ular tau!Iffat dulu pernah la jugak install apps macam-macam 30 Days Fitness la apa la,tapi?Semua tu kelaut.Untuk first memang la ada semangat tu tapi bila dah start second and so on,penyakit malas tu datang balik.Dulu iffat kurus, start form three iffat gemuk balik sebab iffat stress dengan result PT3 and what's the solution?!Of Course,MAKANAN!Waktu tu kalau nak imbaukan balik boleh bayangkan tak?Daripada 60 kg naik ke 86 kg.Perubahan yang sangat drastik di situ.

Ada ja orang cakap iffat gemuk.Kira macam tak mungkin terlepas dengan kutukan orang la.Jadi ni mungkin bagi iffat adalah satu inisiatif untuk kuruskan badan and i hope so.Iffat dulu rajin la jugak tengok The Biggest Looser kat channel DIVA 702 dan melalui show tu lah iffat ada effort nak kuruskan badan.Sekarang dah tak ada dah show tu.Sepatutnya show macam tu la perlu dibanyakkan sebab dalam banyak-banyak negara,Malaysia antara rakyat yang menghidap obesiti paling ramai.

So,Ready for tomorrow? Yes! Totally Ready.
Tunggu saya untuk kurus ye!

Assalamualaikum.

Thursday 10 August 2017

Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com!!!






Assalamualaikum dan salam sejahtera


Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 malam 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta.
Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.

Syarat - syarat :-
  • Follow Blog Sponsor 

  • Like Fanpage 

  • Add To Circle Sponsor 
  • Follow Instagram Sponsor  

  • Follow Twitter Sponsor 
  • Buat entri bertajuk Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri. 
  • Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI



17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 
 1 September 2017

Untuk Senarai Hadiah boleh kilik SINI 


Sekian , terima kasih




Diploma Seni Kulinari:DONE INTERIM WEEK!


Assalamualaikum.

Done interim week!Okay first sekali nak mintak maaf sebab lama tak update blog sebab urusan tertentu nak daftar universiti dan sebagainya.So,harini berkesempatan nak menulis balik sebab dapat semester break for interim.Ramai yang tertanya-tanya,apa it minggu interim?!Especially for UITM.Minggu interim adalah minggu yang berfungsi sebagai pengikat kepada pelajar daripada keluar ke universiti lain.Dalam minggu interim ni ada 3 subjek untuk dipelajari,iaitu bergantung kepada kos yang diambil.Untuk budak kulinari,UED 102,CTU 101,ELC 121 dan untuk budak engineering pulak UED 102,CTU 101,ELC 121.Iffat dapat tawaran masuk ke UiTM Pulau Pinang.Haritu pasal kalut tu yang tak sempat nak update.(sekarang baru la nak update balik).Iffat ditawarkan ke dalam kos bidang cullinary arts.

Apa pulak cullinary arts?

Difahamkan oleh Iffat ialah Cullinary Arts ni adala kos untuk siapa-siapa yang nak jadi chef.Dulu kos ni digelar chef training dan function kos ini diadakan ialah untuk memenuhi kehendak dalam industri hotel dan pelancongan.Ramai yang tanya,kos ni menjamin masa depan ke?Rezeki di tangan Tuhan ye..

Kenapa tak amik Foundation,Engineering,Matrik,Pilihan adalah dibuat oleh masing-masing berdasarkan kemampuan diri sendiri.Jadi,Iffat mengambil keputusan untuk apply cullinary dalam pilihan pertama upu.Alhamdulillah dapat jugak.Cooking for me its about passion.Memasak ni merupakan satu kelebihan ataupun skill yang hebat pada diri seseorang bagi pendapat Iffat la.Jadi untuk Sapa yang nak apply course ni boleh la apply jangan malu-malu okay?😂

Iffat beruntung sebab dapat kos yang minat dan universiti yang dekat dengan rumah.So,easy for me kalau nak balik tiap-tiap minggu pun boleh.Tak sampai RM 10 pun.Makanan kat uitmpp ni pun murah sebab nasi putih harga dia RM0.50 manakala ayam goreng hanya RM 2.00 sahaja.Itulah kelebihan untuk siapa yang dapat kat uitmpp nih.UiTMPP ni hanya ada Faculty Hotel Management & Tourism,Faculty Mechanical Engineering,Faculty Of Health Science,Faculty Pharmacy,Faculty Chemical Engineering dan banyak lagi.

Pengalaman waktu interim boleh tahan la.MDS pun okay-okay la.Interim ja boleh rileks tapi bila start bulan 9 nih semua akan jadi mencabar.Interim maksimum satu hari kelas 4 jam sahaja dan dipenuhi dengan tidur.😂😂😂.Sekarang ni tengah sem-break satu bulan.Tu yang boleh update blog tu huhu.Tu ja entry untuk kali ini.

Sekian,

Assalamualaikum




Wednesday 9 August 2017

Instant Shawl Giveaway by Mamapipie

Jemputlah memeriahkan lagi giveaway mama ni ye. Mama buat simple2 Dan suka2 je. Tengah buat giveaway ni tetiba dah dapat idea nak buat giveaway satu lagi pulak haha.. tamak..

Ok, berikut adalah syarat2 nye ye:
1. Add Blog MamaPipie  Dalam bloglist korang
2. Follow Instagram MamaPipie
3. Follow GooglePlus MamaPipie
4. Buat satu entry Dan tepekkan gambar belon comey kat atas Tu Dan link kepada entry ni
5. Selepas siap semuanya tinggalkan komen di post ini.

Done! Itu saja. Nanti mama terjah blog korang untuk check ye.


Hadiahnya adalah 4 helai tudung instant Dan semi instant untuk 4 peserta bertuah Yang akan mama pilih melalui random.org. Jika Nama korang terpilih tapi jika didapati tidak memenuhi syarat maka mama akan pilih orang lain ye.

Gudluck!

DEXTEROUS TRAVELLOG #2 : LANGKAWI ISLAND

Image background source google.com

Assalamualaikum 안녕하세요!!!


Entry kali ini berkenaan trip batchmates ke langkawi.Iffat akan cerita dari awal trip sehigga akhir trip.Sebarang tips boleh diambil dari entry kali ini dan dikreditkan semula ke blog ini.

Day 1

Iffat menggunakan komuter dari Sungai Petani manakala batchmates dari Penang,bertolak menggunakan bas dalam jam 0930 dan tiket bas pada waktu itu RM15.Iffat naik komuter di stesen Sungai Petani jam 0859 dan turun di arau pada jam 0957.Tiket komuter berharga RM 7.40 sahaja.Sesudah sampai di Arau kami menumpang sepupu kawan kami yang berada di sana.Sebagai tanda penghargaan kami memberikan RM3.00 seorang untuk duit minyak ke Jeti Kuala Perlis .Setelah sampai di Kuala Perlis,kami singgah makan dahulu di sebuah restoran betul-betul berhadapan dengan Jeti Kuala Perlis.Batchmates dari Penang tambah tolak sampai dalam pukul 1200.Diorang sampai terus pergi beli tiket dan terus naik feri sebab jadual waktu feri pukul 1200.Maka bermulalah sebuah travellog oleh Dexterous Boys.

Setibanya di jeti Kuah,pada jam 1300 kami terus bergerak keluar dari feri untuk bergerak ke homestay yang ditempah.Trip kami pada kali ini melibatkan 14 orang.Jadi,memang jimatlah kalau nak tempah homestay etc.Selesai sahaja kami bergerak turun ke jeti,kami dipromosi hotel,kereta sewa dan macam-macam lagi oleh agen-agen dan penduduk sekeliling.Kami dipelawa dengan abang yang menawarkan kereta sewa.Kami ambil dua biji myvi(auto) dan 1 viva(manual).Pengiraan untuk sewaan myvi 24 jam ialah RM60 dan viva RM 50.Selesai tawaran tersebut kami pun ambil keputusan bersetuju dengan kereta yang ditawarkan.

Selesai urusan berkenaan dengan kenderaan,kami bergerak pula ke tempat penginapan kami yang terletang di Padang Matsirat.Homestay kami berharga RM220 untuk satu malam.Kami mengambil 3 hari dan dua malam.Meh nak bagi kelebihan homestay ni :

~ Dari Jeti Kuah ke Homestay ku padang matsirat -
17 km [20-3o min]

~ Dari Airport ke Homestay ku padang matsirat
langkawi kedah - 2
km [2-3 min]

~ Homestay ku padang matsirat ke Makam Mahsuri -
7km [10-15 min]

~ Homestay ku ke pantai cenang/cable car/telaga
tujuh - 10 km [10-15 min]

~ Homestay ku ke beras terbakar - 1km [1min]

Hanya -1km dari Langkawi Lagoon Resort [1min]

~ Hanya berjalan kaki ke pasar basah padang
matsirat untuk dapat hasil tangkapan laut yang
segar.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN UNTUK KESELESAAN ANDA:
~ 3 bilik tidur [3 katil queen,1 katil
single],tilam,bantal dan selimut
tambahan disediakan

~ 2 bilik air

~ Ruang tamu dan ruang makan yang selesa.
kipas syiling disetiap ruang dan setiap bilik
tidur.

~ 1 bilik utama berhawa dingin

~ Tv,iron&iron board ,tuala,elektrik,pinggan
mangkuk,peti ais
sofa,meja makan, sejadah,Rice cooker dan kemudahan
BBQ.

Mempunyai suasana yang nyaman dan rumah
dikelilingi sawah bendang,malah dapat
menikmati pemandangan matahari terbit dan terbenam

* Standard check in time at 2.00pm and check out
time 12.00pm

Read more at http://www.mudah.my/Homestay+ku+padang+matsirat-54655109.htm#wWteQaH7eLwZA8Px.99

Sumber : http://www.mudah.my/Homestay+ku+padang+matsirat-54655109.htm

Nak bagi komen pasal homestay ni sangat berbaloi kalau cuti dengan kawan-kawan atau family.Homestay ni jugak memang strategik dan jauh dari kesibukan bandar.Dikelilingi oleh kawasan sawah padi yang tenang dan nyaman.Pada jam 1730,iaitu selepas menunaikan solat Asar,kami semua bergerak ke pantai cenang untuk bermandi manda dan melihat matahari terbenam.Selepas selesai mandi di Pantai Cenang,kami bergerak pulang ke Homestay pada jam 1930.

Tempat:Pantai Cenang

Selesai pula solat Maghrib Kami bergerak ke pantai cenang pada waktu malam.Sangat menarik jika anda seorang jurugambar,boleh menangkap pelbagai situasi contohnya di tepi pantai pada waktu ialah Fire Dance.Pantai Cenang pada waktu malam dipenuhi dengan pusat hiburan seperti shisha dan sebagainya.Kalau nak cari barang-barang contohnya macam t-shirt ka nak murah boleh cari kat Pantai Cenang ni.Memang berpatutan dengan kualiti yang ditawarkan.Iffat dan Zulhakimi pergi cari makanan untuk makan breakfast pada besok pagi.Kami bergerak ke supermarket berhampiran untuk membeli bahan mentah.

Selesai untuk hari pertama.Semua balik dan penat lalu semua tidur dengan hati yang penuh riang.

Day 2

Pada jam 0630 semua dah bangun dan start makan breakfast.Siapa yang buat breakfast?! Iffat la HAHA(Riak takabbur).Iffat buatkan kuetiau goreng untuk diorang dan Alhamdulillah memenuhi citarasa semua orang.Selesai Solat subuh dan breakfast,Iffat saja nak round kat luar sebab nak amik angin fresh.Bila tengah round-round tu,tengok tayar myvi YA ALLAH tayar myvi pancit!

Tayar myvi pancit!

Tayar sebelah hjadapan sebelah kanan.Mungkin kena paku etc.Lepastu tu call owner kereta sewa untuk tampungkan balik.Owner kereta tu cakap okay nanti dia tolong hantarkan orang yang boleh repairkan tu.Kami semua jadi kalut la sebab pagi tu kami ada Island Hoping.Okay,untuk Island Hoping,seorang dikenakan RM25.

Tempat:Dayang Bunting

Tempat:Dayang Bunting


Tempat:Dayang Bunting


Tempat:Dayang Bunting


Tempat:Pulau Beras Basah

Tempat:Pulau Beras Basah


Tempat:Pulau Beras Basah


Tempat:Dayang Bunting

Okay untuk Island Hoping dia bawak macam-macam tempat.Pulau Dayang Bunting,Pulau Beras Basah,bagi helang makan dan banyak lagi.Sesudah sampai di Pulau Dayang Bunting,akan dikenakan RM5 seorang untuk entrance dan RM10 untuk jaket di Tasek Dayang Bunting.Selesai mandi di Pulau Dayang Bunting kami bergerak ke lokasi bagi helang makan dan seterusnya ke Pulau Beras Basah.Pulau Beras basah ni yang menariknya pasirnya adalah sangat halus dan airnya sangat jernih.Bebas dari sebarang sampah sampai boleh tengok ikan dalam air.Done for Island Hoping.

Habis Island Hoping dalam jam 1300 kami bergerak pulang ke homestay.

Day 3

0700 semua bangun macam biasa dan ready bersiap untuk SkyCab.Bercakap mengenai Skycab anda digalakkan mengambil public parking daripada private parking.Fee untuk public parking dalam RM 2.00 manakala Private parking ialah RM10.Kami dah rugi kat situ sebab amik private parking.Fee untuk SkyCab adalah RM 40 seorang.Dalam pakej ini akan diberi naik ke Gunung Mat Chinchang,SkyDome,Skyrex dan 3D Art Museum.

Tempat:Skycab Langkawi 

Tempat:Skycab Langkawi 


Tempat:Skycab Langkawi 


Tempat:Skycab Langkawi 


Tempat:Skycab Langkawi

Selesai SkyCab,kami pulang ke homestay untuk packing barang dan bersedia untuk pulang.1500 kami mula bergerak keluar dari homestay dan terus menuju ke jeti Kuah.Beli tiket mengahala ke Kuala Perlis.Feri jam 1750 dan kamio sampai awal di jeti.Sempatlah kalau nak tangkap gambar dengan Lang tu sebab sempat.

0830 kami selamat sampai di jeti Kuala Perlis
 dan ini adalah gambar kami yang terakhir sebelum berpisah.

Tempat:Jeti Kuala Perlis

Tempat:Jeti Kuala Perlis

Cerita pasal nak balik Ktm Arau,naik teksi yang disediakan bersebelahan dengan jeti.Harga RM 26 sahaja.Done for this trip.

Next trip?In Sha Allah.

Tuesday 8 August 2017

Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Saya ingin menganjurkan Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com pada bulan merdeka ini. GA ini adalah bersempenakan bulan kemerdekaan negara kita & pada masa yang sama dapat merapatkan ikatan ikhwah sesama rakan blogger dengan penyertaan di Giveaway By penselduabee.blogspot.com ini.

Ada tiga hadiah yang ditawarkan untuk tiga pemenang bertuah & semua hadiah adalah BRAND NEW. Top referral & Top komentator juga akan menerima hadiah daripada saya iaitu wang tunai sebanyak RM10. Top referral  & Top komentator juga boleh memenangi  hadiah yang ditawarkan jika nama ada naik semasa pemilihan dilakukan untuk tiga pemenang yang mengunakan random.org.  5 lagi pemenang akan dimasukkan ke dalam bloglist penselduabee.

Syarat untuk menyertai GA ini sangatlah MUDAH iaitu:

1. Follow blog penselduabee & blog tarot the fool
2. Add to Circle G+RadhiaRazali 
3. Click iklan Nuffnang & Lazada saya.
4. Like FB page penselduabee
5. Follow Instagram Radhia87 
6. Follow twitter RadhiaHaafiza 
7. Komen mana-mana dua entri di blog penselduabee. Kalau lebih, lagi bagus. Top komentatorkan juga akan dapat hadiah.
8. Buat entry bertajuk "Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com", paste banner di atas di dalam ruangan entri (backlink sekali).
9. Publish entry tersebut
10. Tinggalkan URL entry korang ke dalam ruangan/kotak komen post ini.
11. Share/ping entry "Merdeka Giveaway By penselduabee.blogspot.com"  dari blog saya ini di facebook.
12. Jika menang, alamat pengeposan hadiah harus di dalam Malaysia sahaja.

Tak complicated kan syarat-syaratnya. Tak ambil masa lama pun untuk follow semua syarat.hehe..
Giveaway ini akan berlangsung dari 1 August- 31 August 2017

Senarai Hadiah
Top Referal
1 x RM10

Top komentator
1 x RM10

3 pemenang

1 x 2017 New Korean Tide Multi-Purpose Backpack 


1 x Stainless Steel Insulated Double Wall Travel Coffee Mug

1 x  notebook, keychain & fridge magnet (saya akan upload bila dah ada gambar)

5 pemenang
Bloglist

Hope peserta jujur & boleh follow semua syarat GA ini. Kalau ada syarat yang tak boleh buat, inform di komen atau di entri GA yea.  Peserta yang gagal mematuhi syarat-syarat tanpa memberitahu sebab- munasababnya (seperti tiada akaun atau etc), penyertaan akan terbatal.

Jika bilangan peserta tidak cukup 30 orang, GA akan terbatal yea. Tetapi jika bilangan peserta melebihi 100 orang, saya akan tambah satu lagi hadiah & seterusnya jika bilangan follower blog penselduabee mencapai 500 orang saya akan tambah 2 lagi hadiah.

Apapun, wish all of you the best of luck.

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com



Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini.....
Read more: http://www.mialiana.com/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-2017.html#ixzz4p78zDSMA

Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious


Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious
Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Senarai Hadiah Giveaway Preloved Comic By Elsaalicious

Tempat Pertama
3 Komik Lawak Kampus (Jilid 13, 14 & 15)

Tempat Kedua
2 Komik Lawak Kampus (Jilid 20 & 21)

Tempat Ketiga
1 Komik Lawak Kampus (Jilid 18)

Tempat Keempat
1 Komik Lawak Kampus (Jilid 25)

Saguhati
Bloglist Selama Sebulan X 10 Pemenang

Wah seramai 17 Pemenang Elsa cari. Apa tunggu lagi? Jom join

Okay Bismillah. Klik banner untuk join