Aku Seorang Perantau: May 2017


Saturday 13 May 2017

Bandung Souvenirs Giveaway by Nafas Baru


Kilik banner untuk join :)

Tuesday 2 May 2017

FINAL MAHARAJALAWAK MEGA 2017



Assalamualaikum
안녕하세요!!!

Seperti yang kita telah tahu, terdapat 5 peserta MaharajaLawakMega 2017 yang akan mara ke final pada 5 Mei ini.Para peserta yang mara ialah:


➡Bocey
➡Zero
➡Shiro
➡Dzawin
➡Puteh

Team favourite Iffat? Mestila Bocey.Kenapa? Sebab Bocey bila buat kelakar dia macam slumber je and not to try hard berbanding dengan pelawak lain.Bocey ni jugak antara team favourite Iffat since MLM 2014 lagi.Paling kelakar bagi Iffat ialah Abam.Abam ni dia mempunyai karakter yang unik dan personaliti yang berbeza.Even muka macam harimau tapi still boleh act cute as Hantu Kak Limah kalau tak silap masa MLM yang bertemakan seram.Tahun ni punya performance boleh tahan hebat since saingan tahun ni pun hebat-hebat belaka.

Zero?Zero ni bagi Iffat dia macam ulang lawak yang sama sebab selalu kenakan antara satu sama lain tak kisahlah rupa ka,apa ka, tapi boleh tahan kelakar.Selalu yang ke yang Dato' AC cakap tu muka macam Rihanna.Selalu kena hentam dengan adik-beradik untuk mencari punchline.Zero ni jugak dah pernah bergelar juara so, no wonder la kalau Zero boleh masuk final.

Shiro?Shiro ni memang legend.Iffat bolehla kalau nak minat Shiro ni.Dengan punchline yang bersahaja Shiro ni mampu membuat performance yang baik bagi tiap-tiap minggu.Tapi bagi iffat Shiro still kelakar dan lawaknya kadang-kadang fresh dan kadang-kadang yang bukan-bukan haha.Sekarang ni tunggu Shiro pulak jadi juara.Harap-harap jadilah ye.Shiro ni jugak bagi Iffat la pelawak yang jugak not to try hard sangat.

Puteh?Puteh ni dah la pelawak baru dan diorang jugak mampu menarik minat penonton dan penyokong dalam masa sekejap sahaja.Puteh ni lebih kurang macam zero selalu kenakan mamak.Yang paling terkesan bila setiap kali ada perkataan hitam atau gelap.Sebab yang tu saja yang boleh dijadikan punchline.Bukan tu saja banyak lagi lah punchline yang hebat-hebat dari Puteh ni.Puteh jugak apa kurang hebatnya kalau nak dibandingkan dengan peserta-peserta lain.Kira macam Puteh ni macam memberi saingan baru&besar terhadap pelawak-pelawak yang lain.

Dzawin? Pelawak dari Indonesia yang first sampai Final.Dah la solo pastu boleh pulak pergi final.Tak kisahlah sebab boleh sampai final sebab lawak dia diselitkan dengan unsur-unsur agama.But for me? It is very good.Jarang la jumpa pelawak yang boleh berdakwah dan melawak pada masa yang sama.Apa yang Iffat suka dengan Dzawin ni sebab dia sentiasa confident dengan setiap performance yang dia buat.Nak kata gagp tu tak nampak la sangat.But overall for me is good.

Final akan diadakan di Dewan Wawasan,Jitra Kedah pada 5 Mei 2017.

Kalau korang nak peserta korang menang bolehla mengundi cepat-cepat untuk menentukan siapa yang layak untuk bergelar juara.Lepasni MLM 2018 pulak lah ye..

Sekian.