Aku Seorang Perantau: TIPS UNTUK TEST JPJ MOTOR KELAS B2 2017


Saturday 29 April 2017

TIPS UNTUK TEST JPJ MOTOR KELAS B2 2017

     
         
 Assalamualaikum.
Harini nak cakap pasal test jpj motor.Entri haritu cakap pasal jpj kereta sekarang motor pulak.Memandangkan esok test JPJ motor, so nak share sikit tentang prosedur esok.
Sebelum masuk litar,kena buat dua perkara iaitu RPK dan RSM.So,benda pa pulak RPK dengan RSM tuh?

Meh sini nak terang satu-satu.

RPK ➡ Rutin Pemeriksaan Kenderaan.
Iffat just nak share pasal motor je ni.So,sebelum start naik tu wajib la kena buat RPK sebab nak pastikan motor dalam keadaan baik.

Macam mana nak buat RPK?
1.Pergerakan adalah mengikut arah jam.
2.Bukak bawah seat.
3.Cek 4 perkara ni:
➡Bateri
➡Roadtax
➡Penutup tangki minyak(minyak mencukupi?
➡Tools/Perkakas
4.Cek Side Mirror
5.Bahagian depan ada 4 benda:
➡Lampu hadapan
➡Lampu Isyarat
➡Nombor plat
➡Tayar(Bunga,Tekanan Angin)
6.Cek minyak enjin(mencukupi)
7.Cek bahagian belakang sama macam yang depan tadi ada 4 benda.
8.Cek rantai(tidak terlalu kendur dan tidak terlalu tegang)
Selesai RPK.

RSM ➡ Rutin Sebelum Mula
Macam mana cara?
1.Cek tayar hadapan sama ada angin cukup.
2.Cengkam brek hadapan.
3.Pijak brek belakang.
4.Cek tayar belakang.
5.Adjust side mirror.
6.Check lampu depan.
7.Check lampu belakang.
8.Check lampu isyarat kiri&kanan.

Selesai.

Untuk siapa yang nak tahu latihan untuk motor kelas B2 ialah selama 15 jam dan 30 minit.
Iaitu terbahagi kepada dua kelas KPP02 Dan KPP03.
KPP02 ialah selama 9 Jam 30 Minit.
KPP03 ialah selama 6 Jam.

Penat tak?

Uishshh penat gila sebab nak kena round litar tu banyak kali dengan cuaca panasnya.Tapi tulah,nak seribu daya tak nak seribu dalih.

*updated*

Alhamdulillah, selesai sudah ujian tadi.Berpeluh-peluh tunggu.Nervous?Memang takleh nak elak lah!Ni nak cerita sikit pengalaman tentang test tadi.

Mula-mula datang awal pagi dalam pukul 
8 pagi.Lepastu kena sediakan ic dengan lesen L.Untuk sapa yang ada renew lesen L kena bawak dua-dua yang baru dengan yang lama.

Daftar bagi ic dengan lesen pastu kena pakai baju jarang warna kuning macam tu la dekat bahagian belakang baju tu ada nombor giliran.So,korang tahulah korang punya nombor giliran.Selalunya diorang start dengan 
calon ulangan dulu pastu baru bagi yang 'fresh' ni.

Bila dah sampai giliran Iffat, nombor giliran 18 memang nervous tahap gaban ah! Kalau fail kena ulang pastu kena bayar lagi! Memang 
tak ahh!

Lepas pendaftaran kena buat RPK.Habis je RPK just get ready for test.Sebelum bawak motor, kena buat RSM dulu.Lepas je buat RSM terus pergi ke halangan pertama iaitu Titi.Titi ni majoriti fail kat sini.Tapi just usaha ja masa latihan lama-lama okaylah tu! 

Iffat dulu pun jatuh gak!Macam impossible nak lepas tapi boleh jugak.Iffat nak kasi tips sikit nih masa mula nak naik titi tu just tekan minyak sikit kasi laju and then main brek kaki je.In Sha Allah boleh. 

Lepas titi buat kon pulak.Kalau tak silap ada lebih kurang 8 kon tapi kalau untuk B FULL 5 kon je.Kon pun sama macam titi ramai yang gagal tapi tulah buat ja sama macam titi tadi.Practice!

Lepas kon, Brek kecemasan.Brek kecemasan ni kena bawak laju pastu brek guna brek belakang dalam kotak yang disediakan.Pastikan berhenti dulu dalam kotak  kalau tak berhenti gagal.

Lepas brek kecemasan,laluan tidak rata.Yang ni boleh punya.Asalkan tak keluar dari petak yang disediakan.

Selesai BAHAGIAN 2.
Bahagian 3 tertakluk kepada litar masing-masing.

Sekian.

7 comments:

  1. Ya tuhan selamam baru training utk kpp 2 penat nya nauzubillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah lagi-lagi kalau tengah panas, hitam kulit hahahah

      Delete
  2. doakan saya esok boleh buat test jpj

    ReplyDelete
  3. Asskum saya nak tanya nak test training untuk kpp tu kena bayar juga ke kan 3 hari

    ReplyDelete
  4. brek kecemasan tu..perlu brek sampai tayar cengkam ke atau tak perlu? janji berenti dalam kotak je?

    ReplyDelete
  5. Uss...sama plk no giliran 18...haha..lol...harini test jpj motor tp member sebelah lek main pubg lagi...

    ReplyDelete
  6. cover motor kena check kan???

    ReplyDelete