Aku Seorang Perantau: April 2017


Sunday 30 April 2017

TAWARAN MATRIKULASI SESI 2017/2018



Assalamualaikum.

Alhamdulillah... Sebab dapat tawaran matrikulasi ni.Satu batch kasi reminder untuk buat semakan matrikulasi.First tu rasa takut jugak la sebab takut tak dapat tapi rezeki masing-masing akhirnya dapat jugak matrik ni.

Iffat mintak jurusan perakaunan dan dapat untuk PST iaitu program satu tahun.Dapat matrikulasi Kedah(KMK) kalau tak silap kat changlun.Tapi apapun kena terima dulu sebab hebahan upubtak keluar lagi.Iffat apply permohonan matrik ni sebab nak buat macam backup plan la katakan.
Macam cikgu Iffat cakap,Apply ja semua dulu,dapat ka tak dapat la lain cerita.Kira ok la kalau banyak mohon tapi ada jugak la yang dapat berbanding tak mohon apa-apa.

Program Matrik ni ada orang kata bagus dan ada orang kata tak.Mana-mana tempat belajar pun sama saja cuma nak dengan taknak ja.Ada ja orang berjaya masuk matrik dan ada orang yang gagal.

Macam mana boleh berjaya?
Sebab dia pulun betul-betul dan tak main-main masa dalam kolej tu.

Macam mana gagal?
Tak fokus,banyak main,banyak alasan dan sebagainya.

Sebenarnya banyak peluang yang kita boleh cari.Tak kisahlah melalui belajar dan sebagainya.Ada ja orang tak sambung belajar tapi rezeki dia melimpah-limpah.So,the moral of the story is kena usaha.Also reminders for myself,hidup ni kena sentiasa berusaha dan percaya pada rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T dan yang penting confident dengan pilihan yang dah ditetapkan atau yang telah dirancang.

Tapi tulah,rezeki masing-masing tapi yang penting kena usaha dulu baru tawakkal.
So, untuk sesiapa yang belum membuat semakan matrikulasi sesi 2017/2018 bolehla membuat semakan di



Sekian.

Saturday 29 April 2017

TIPS UNTUK TEST JPJ MOTOR KELAS B2 2017

     
         
 Assalamualaikum.
Harini nak cakap pasal test jpj motor.Entri haritu cakap pasal jpj kereta sekarang motor pulak.Memandangkan esok test JPJ motor, so nak share sikit tentang prosedur esok.
Sebelum masuk litar,kena buat dua perkara iaitu RPK dan RSM.So,benda pa pulak RPK dengan RSM tuh?

Meh sini nak terang satu-satu.

RPK ➡ Rutin Pemeriksaan Kenderaan.
Iffat just nak share pasal motor je ni.So,sebelum start naik tu wajib la kena buat RPK sebab nak pastikan motor dalam keadaan baik.

Macam mana nak buat RPK?
1.Pergerakan adalah mengikut arah jam.
2.Bukak bawah seat.
3.Cek 4 perkara ni:
➡Bateri
➡Roadtax
➡Penutup tangki minyak(minyak mencukupi?
➡Tools/Perkakas
4.Cek Side Mirror
5.Bahagian depan ada 4 benda:
➡Lampu hadapan
➡Lampu Isyarat
➡Nombor plat
➡Tayar(Bunga,Tekanan Angin)
6.Cek minyak enjin(mencukupi)
7.Cek bahagian belakang sama macam yang depan tadi ada 4 benda.
8.Cek rantai(tidak terlalu kendur dan tidak terlalu tegang)
Selesai RPK.

RSM ➡ Rutin Sebelum Mula
Macam mana cara?
1.Cek tayar hadapan sama ada angin cukup.
2.Cengkam brek hadapan.
3.Pijak brek belakang.
4.Cek tayar belakang.
5.Adjust side mirror.
6.Check lampu depan.
7.Check lampu belakang.
8.Check lampu isyarat kiri&kanan.

Selesai.

Untuk siapa yang nak tahu latihan untuk motor kelas B2 ialah selama 15 jam dan 30 minit.
Iaitu terbahagi kepada dua kelas KPP02 Dan KPP03.
KPP02 ialah selama 9 Jam 30 Minit.
KPP03 ialah selama 6 Jam.

Penat tak?

Uishshh penat gila sebab nak kena round litar tu banyak kali dengan cuaca panasnya.Tapi tulah,nak seribu daya tak nak seribu dalih.

*updated*

Alhamdulillah, selesai sudah ujian tadi.Berpeluh-peluh tunggu.Nervous?Memang takleh nak elak lah!Ni nak cerita sikit pengalaman tentang test tadi.

Mula-mula datang awal pagi dalam pukul 
8 pagi.Lepastu kena sediakan ic dengan lesen L.Untuk sapa yang ada renew lesen L kena bawak dua-dua yang baru dengan yang lama.

Daftar bagi ic dengan lesen pastu kena pakai baju jarang warna kuning macam tu la dekat bahagian belakang baju tu ada nombor giliran.So,korang tahulah korang punya nombor giliran.Selalunya diorang start dengan 
calon ulangan dulu pastu baru bagi yang 'fresh' ni.

Bila dah sampai giliran Iffat, nombor giliran 18 memang nervous tahap gaban ah! Kalau fail kena ulang pastu kena bayar lagi! Memang 
tak ahh!

Lepas pendaftaran kena buat RPK.Habis je RPK just get ready for test.Sebelum bawak motor, kena buat RSM dulu.Lepas je buat RSM terus pergi ke halangan pertama iaitu Titi.Titi ni majoriti fail kat sini.Tapi just usaha ja masa latihan lama-lama okaylah tu! 

Iffat dulu pun jatuh gak!Macam impossible nak lepas tapi boleh jugak.Iffat nak kasi tips sikit nih masa mula nak naik titi tu just tekan minyak sikit kasi laju and then main brek kaki je.In Sha Allah boleh. 

Lepas titi buat kon pulak.Kalau tak silap ada lebih kurang 8 kon tapi kalau untuk B FULL 5 kon je.Kon pun sama macam titi ramai yang gagal tapi tulah buat ja sama macam titi tadi.Practice!

Lepas kon, Brek kecemasan.Brek kecemasan ni kena bawak laju pastu brek guna brek belakang dalam kotak yang disediakan.Pastikan berhenti dulu dalam kotak  kalau tak berhenti gagal.

Lepas brek kecemasan,laluan tidak rata.Yang ni boleh punya.Asalkan tak keluar dari petak yang disediakan.

Selesai BAHAGIAN 2.
Bahagian 3 tertakluk kepada litar masing-masing.

Sekian.

Saturday 15 April 2017

BLOG AKU SEORANG PERANTAU KINI BERWAJAH BARU!


Assalamualaikum.

Macam mana dengan design blog Iffat?Nampak Smart kan?
Lepas tengok hasil design MellyaCrayolla ni seriously rasa gempak!Firstly,nak cakap terima kasih sebab design blog Iffat dengan begitu cantik huhu....Masa Iffat bukak website http://mellyacrayola.blogspot.my/ tadi Iffat baru tahu yang Iffat ni customer LELAKI yang first order blog editing kat dia..Iffat dah pecah rekod!! Hahaha..

Servis yang ditawarkan juga begitu menarik dan paling murah.Murah mana??RM20 sahaja..
Memang rugi la kalau tak order kat MellyaCrayola nih.


Editing yang memang puas hati dan tak rugi duit


Jugak header yang menarik.

So,untuk sesiapa yang nak buat blog editing service bolehla order kat http://mellyacrayola.blogspot.my/

Thanks Mellya Crayola for your Amazing Work!

I LOVE BLOGGING WITH SIS HAWA & HER SPONSORS


Klik banner untuk join :)

Gudluck!

6 ELEMENT PENTING UNTUK MEMBUAT RESUME 2017




Assalamualaikum to all my readers!!!

Harini Iffat nak kongsi pasal perkara yang perlu ada dalam resume semasa nak minta pekerjaan atau biasiswa.

Ada banyak persoalan tentang nak buat resume ni?

Contohnya:
  • Apa itu resume?
  • Bila kena buat resume?
  • Tujuan resume?
  • Kegunaan resume?
Okay.Resume ni merupakan satu surat yang berbentuk profile diri kita.Dalam resume jugak terkandung segala latar belakang kita.Resume dibuat semasa kita dipanggil untuk temuduga.Tak kisahlah untuk biasiswa atau pekerjaan.Kegunaan resume adalah untuk memohon biasiswa atau pekerjaan.Perkataan lain bagi resume ialah cover letter.

ANTARA ELEMENT PENTING YANG PERLU ADA DALAM RESUME IALAH:

1.GAMBAR PROFIL.

Gambar profile yang anda nak letak pastikan gambar yang terkini dan pakaian yang kemas dan sopan.

2.MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG BERKAITAN DENGAN PERIBADI.

Maklumat-maklumat berkaitan ialah sebagai info tambahan kepada pihak temuduga untuk mengetahui latar belakang para calon.Antara maklumat-maklumat yang berkaitan ialah:
  • Nama
  • Alamat
  • Nombor kad pengenalan
  • Nombor telefon
  • Email dan sebagainya
3.OBJEKTIF

Pihak yang menemuduga kita juga nak tahu apa sebenarnya calon tersebut nak daripada syarikat tersebut.
  • Matlamat Kerjaya
  • Kemahiran
4.TAHAP PENDIDIKAN

Tahap pendidikan mestilah disusun secara menurun.

Contohnya;
  • PHD
  • MASTER
  • BACHELOR DEGREE
  • DIPLOMA
  • SPM
  • PMR
5.AKTIVITI KOKURIKULUM

Contohnya:
  • Ko-kurikulum
  • Pencapaian
  • Kemahiran
6.RUJUKAN.

Kita perlu meletakkan rujukan sebagai sumber rujuk kepada pihak temuduga jika kita diterima bekerja atau biasiswa

Contohnya;
  • Nama
  • Jawatan
  • Lokasi pekerjaan
  • Nombor telefon
Iffat harap info ini dapat membantu dalam temuduga,

Sekian Dari Admin.

15 TIPS UNTUK MENGHADAPI TEMUDUGA




Assalamualaikum to all my readers!!!

Interview memerlukan skill yang tinggi untuk 'tackle' company yang akan amik kita untuk bekerja atau bagi scholarship.

Harini Iffat nak share tentang tips-tips untuk menghadapi interview tak kisahlah untuk scholarship atau pekerjaan.Iffat dapat info ni dari pihak MSU UNIVERSITY yang pernah buat ceramah kat sekolah tahun lepas.So,Iffat nak share sikit tentang apa yang Iffat dapat daripada ceramah tersebut.

SEBELUM INTERVIEW

1.DAPAT PANGGILAN DARIPADA PIHAK TEMUDUGA.

Selepas dapat panggilan atau sistem pesanan ringkas(SMS), yang akan diterima untuk interview cepat-cepat ambik kertas dan pen untuk catat maklumat penting sebagai contoh tarikh,waktu dan sebagainya dan JANGAN LUPA UNTUK REPEAT SEMULA untuk confirmkan balik info yang kita dapat itu sama atau tidak.

2.CARI MAKLUMAT PENTING TENTANG COMPANY.

Lepas dah dapat call dari pihak temuduga,cepat-cepat buka website company tersebut untuk cari latar belakang,visi,misi.Dengan cara itu ia dapat membantu kita untuk apa yang company tersebut betul-betul nak daripada bakal pekerjanya.

3.BUAT PERANCANGAN AWAL TENTANG PERJALANAN.

Perkara ini amat penting yang perlu take note.Membuat perancangan awal dapat membantu kita untuk sampai di tempat yang ditetapkan 'on time'.Kalau rumah dekat dengan venue tersebut,tak payahlah bersusah-susah untuk nak tengok sebab buang masa baik prepare untuk buat resume.Untuk yang tinggal jauh,it is better kalau anda pergi ke venue yang ditetapkan dalam masa dua hari lebih awal.Then pergi ke venue tu dan bolehla rancang pukul berapa nak keluar rumah dan sebagainya dan ianya juga dapat membantu untuk mengelakkan dari kesesakan lalu lintas.

4.KAJI INFO BAKAL MAJIKAN.

Perkara ini nampak remeh,tetapi ia amat membantu kita dalam interview.Antara info yang perlu kita tahu ialah berkaitan dengan nama,alamat,dan lokasi.Kemudian berkaitan dengan perkhidmatan yang ditawarkan.Paling penting ialah kena kaji berkaitan dengan kursus dan biasiswa yang ditawarkan.

PERSEDIAAN PEMAKAIAN SEMASA HARI TEMUDUGA.

1.BAJU DAN NECKTIE.

Perkara utama yang perlu dititikberatkan ialah berkaitan dengan pakaian.Ada dua jenis cara pakaian semasa temuduga.

i)Baju 'plain' berwarna cerah dan lembut dipakaikan dengan necktie bercorak.(Pastikan warna necktie dan warna baju berkaitan dan sesuai dipandang)

ii)Baju bercorak(dicadangkan jarak antara strpe tidak terlalu lebar) berwarna cerah dan lembut dan dipakaikan dengan necktie 'plain'.

iii)Blazer terserah nak pakai atau tidak.

2.JAM TANGAN.

Jam tangan mestilah besi berwarna silver atau leather warna coklat atau hitam.Tak perlu beli mahal-mahal.Pergi kat uptown beli jam RM10 je.

3.TALI PINGGANG.

Berwana hitam atau coklat.(sekiranya coklat,pastikan dipadankan dengan warna kasut.

4.RAMBUT

Mestilah disikat rapi dan tidak terlalu kering.

5.SELUAR

Seluar yang digalakkan ialah seluar 'slack' bukan 'cotton'.Hal ini disebabkan apabila kita tunggu giliran di ruangan menunggu ia tidak akan meninggalkan sebarang kedutan pada seluar berbanding 'cotton'.

6.KASUT.

Kasut mestilah berwarna hitam atau coklat.(Pastikan dah kiwi untuk bagi berkilat)

7.PERFUME.

Ini juga penting.Beli perfume yang wangi dan jangan pakai terlalu banyak hanya sekadar biasa-biasa saja.

PERSEDIAAN DI BILIK MENUNGGU

1.JUMPA PESAING.

Semasa di ruang menunggu,sudah semestinya kita akan berjumpa ramai pesaing yang akan merebut pekerjaan atau biasiswa yang ditawarkan.Apa yang perlu kita lakukan?

i)Jangan sesekali mendiamkan diri.Jika anda mendiamkan diri,semestinya anda akan dipandang rendah oleh pesaing yang lain.

ii)Perkara penting iaitu kena tahu kelemahan pesaing supaya dapat meningkatkan keyakinan diri dan buat dengan lebih baik.

PROSES TEMUDUGA

SESI PERKENALAN

SESI MEMPERKENALKAN DIRI
SESI DUA HALA



SEMASA MENHADAPI TEMUDUGA.

1.SEMASA MASUK KE BILIK TEMUDUGA.

i)Ketuk pintu dahulu diteruskan memberi 'greeting' dan untuk yang muslim mestilah memberi salam.

ii)Letak tangan kanan atas bahu kiri apabila berjumpa dengan pihak interview yang berlainan jantina.

iii)Pastikan pen diletakkan di dalam poket baju.

2.BODY LANGUAGE

Body language tersangatlah penting.Ia akan menarik minat pihak interview.

i)Tangan mestilah tidak boleh lebih dari paras telinga.

ii)Mestilah pandang pada wajah pihak interview.

iii)Mata dan juga kepala mesti bergerak dan jangan terlalu 'over' dan janganlah diam sangat.Ia hanya untuk menarik perhatian sahaja.

3.INTRODUCE DIRI

i)Introduce tentang diri,adik-beradik,tahap belajar,ambition dan ibubapa.

ii)Kena tahu kita punya ability berkaitan dengan kos yang kita nak dan cerita sikit kenapa berminat dengan biasiswa/pekerjaan yang ditawarkan.

iii)Bila dia 'trick' apa yang perlu kita lakukan?

-Contoh trick ialah perkara yang dibincangkan telah menyimpang jauh dari asal.Contohnya,pihak akan 'trick' dengan menanyakan Siapakah pemain bola yang anda minat?,Suka tengok wayang cerita apa? soalan yang tiada kena-mengenalah maksudnya.

-Bila dia trick,just kata tidak ada/tiada supaya tidak dipengaruhi.

       Apa yang perlu kita lakukan dan jangan berpura-pura semasa temuduga?

Perkara yang perlu kita lakukan : 

  • Jadi diri sendiri
  • Yakin dan tenang
  • Senyum dan beri salam
  • Bersedia
  • Positif
  • Mengucapkan terima kasih 
  • Keluar dengan sopan
Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga :

  • Berpura-pura
  • Tidak yakin
  • Terlalu gopoh-gapah
  • Sombong
  • Kurang persediaan dan pengetahuan
  • Menyalahkan orang lain dengan berfikiran negatif
Sekiranya ada kelemahan dalam diri kita,cuba beritahu satu kelemahan tersebut dan cara untuk menanganinya.

Dan yang paling penting perlua ada kata-kata harapan.

Iffat harap info ini dapat membantu dalam temuduga,

Sekian Dari Admin.

Friday 14 April 2017

DEXTEROUS ROYAL BANQUET


Assalamualaikum to all my readers!!!

Harini Admin nak mengimbau kembali kenangan bersama batchmates semasa Dinner bertempat di The Light Hotel,Seberang Jaya,Pulau Pinang.

Apa yang Admin nak rumuskan kat sini ialah satu malam yang terakhir untuk kami bersama sepanjang 5 tahun menjadi sahabat.Bermula daripada 4 Januari 2012 kami masuk ke dalam sekolah dan tarikh akhirnya ialah 1 Disember 2016.


Admin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan yang telah bertungkus-lumus dalam menyiapkan dekorasi dalaman.

Perasaan?? Mestilah happy dan sedih.

Happy??

Sebab kami boleh makan besar bersama-sama.

Sedih??

Sebab ni last dinner kami sepanjang 5 tahun friendship.

Lepasni semua dah ada hala tuju masing-masing untuk mengejar impian.

Admin harap boleh buat macam ni lagi!!!




Sekian Dari Admin...

LAST DAY AT SCHOOL


Assalamualaikum to all my readers!!!

Harini Admin nak cakap pasal Last Day At School.

Hari yang bertarikh 2 Disember 2016 merupakan hari perpisahan buat semua warga Dexterous..

Waktu pagi kami pergi lepak kat Warung Barakah yang terletak berdekatan dengan sekolah untuk breakfast.

Tapi sebelum tu.. SELFIE dulu.. 

Majoriti tak mandi lagi.. Tak apalaa lastday  dengan kawan-kawan


Friends till jannah In Sha Allah Amin...


Gambar last sebelum balik


Barang-barang yang nak dibawa pulang ke kampung halaman...



Asrama lelaki 


Sekolah yang telah memberikan seluruh ilmu yang disampaikan oleh guru yang cemerlang.

Admin harap batch DEXTEROUS dapat mencapai target pointer sekolah iaitu 1.69..Aminn

DEXTEROUS TEACHERS DAY 2016


Assalamualaikum to all my readers!!!

Harini admin nak cakap pasal Dexterous Teachers Day 2016

Admin paling happy masa ni sebab semua cikgu-cikgu puji atas hasil kerja yang kami telah buat.



Jamuan Hari Guru Di Dewan Makan 
(Photo with Class Teacher Cikgu Khairul Azri Mat Daud)
(My Classmates)


My Production Team for Teachers Day Video.
(Amin,Bobo,Bob,Irfan,Amrah,Bad,Amir Nabil Nun)
(Ada lagi sebenarnya tapi tak ada gambar huhu.. )


"Sebelah Sayap" - Video Pendek Hari Guru SMSTSSS 2016


(Bloopers) Hari Guru SMSTSSS 2016


Gimik Hari Guru Tun Syed 2016




Interview Hari Guru SMSTSSS 2016



Sekian Dari Admin.

GIVEAWAY BY IGSHOP @luv.sweetchoco

Klik Banner Untuk Join!
Giveaway berlangsung dari 25 Mac 2017 hingga 15 April 2017
5 pemenang bertuah akan memenangi hadiah daripada Luv.SweetChoco
Keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 April 2017

Jemput join semua! Goodluck!

Wednesday 5 April 2017

1ST GIVEAWAY BY FWS




Klik kat banner untuk join :)


Cara-cara nak join?
1. Buat Entry yang bertajuk "1st Giveway By FWS "
2. Letak Banner dan backlinkkan ke entry ini
3. Letak username ig korang dalam entry tu
4. Comment link entry korang !

Hadiah-hadiah Yang Menanti?
1. Diskaun RM10 shopping di FashionStorebyfw (FWS) x3 pemenang
2. Topup RM5 (FWS) x2 Pemenang
3. Header + Watermark Logo ( Sis Awadah ) x3 pemenang
4. Topup RM10 (JMBELOG) x2 pemenang
5. Topup RM5 ( Abam Kie ) x3 pemenang

Pemilihan pemenang melalui random.org

Banyak kan hadiah yang disediakan? kalau rasa nak menang, anda ada masa 1 bulan untuk join !

1April 2017 hingga 1Mei2017